Tuesday, September 15, 2009

100 Hari Mak Meninggalkan Kita

Hari ini genaplah seratus hari Mak meninggalkan kita semua. Terlalu cepat masa berlalu dan ada masanya macam tak percaya yang Mak dah tiada. Bulan Ramadhan ini cukup dirasakan ketiadaan Mak. Setiap kali berbuka di ruang makan yang bersebelahan dengan bilik Mak, sentiasa dapat dirasakan seolah-olah Mak ada bersama. Nak makan, teringat makanan kegemaran Mak antaranya tepung pelita, daging masak kurma (letak bawang dan kentang lebih), bubur lambuk dan macam-macam lagi. Mak sememangnya suka makan dan Mak amat sayangkan makanan hinggakan tak ada apa yang terbazir. Kalau ada lebih Mak akan simpan elok-elok dalam peti ais dan itu yang Mak akan panaskan untuk sahur. Pada Mak rezeki yang Allah kurniakan tak boleh dibazirkan. Masa Nes kecil-kecil dulu, Mak selalu ingatkan kalau ada nasi yang tak habis, Mak minta habiskan sebab Mak kata nasi tu menangis nanti.

Tinggal lima hari lagi kita akan menyambut Syawal. Inilah Syawal pertama tanpa Mak. Mentelah lagi Abang (Hazim) dan Adik (Afyqah) tak bersama. Syawal ini pasti tak sama macam dulu. Sepi rasanya. Tak dapat lagi nak cium tangan mak mohon ampun dan maaf, mohon dihalalkan air susu dan makan minum yang Mak banting tulang untuk sediakan. Hanya doa yang dapat dititipkan buat Mak, Abah, Atok, Nenek, Pak Long, Pak Lang, Pak dan Mak Long Seremban, seluruh kaum keluarga dan semua muslimin dan muslimat yang telah lebih dulu mengadap Yang Maha Esa.

Selamat Menyambut Eid Mubarak, Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, August 19, 2009

Mari2!

Salam semua,

Sempena menyahut seruan pak usu untuk memeriahkan blog ini, iwan pun nak mengambil kesempatan mempromosikan blog personal iwan.

Masa mula2 start menulis utk blog ni, tade terfikir pun ada orang nak baca. Tapi sekarang tiba2 ada plak orang yang mengikuti.Alang2 tu, boleh la iwan share dengan keluarga kita juga. Mana la tahu mungkin ada antara kita yang mendapat manfaat dari blog iwan. Aminn

ok , so pada sapa2 yang sudi nak jenguk, boleh ke link di bawah

eez-one.blogspot.com

Selamat membaca!

Tuesday, August 18, 2009

Assalamualikum semua,

Apa khabar, lama tak dengar berita daripada sesiapa. Jomlah kita sama-sama hidupkan blog aruah mak/nenek ini. Kalau tak kita siapa lagi. Tulis je apa saja yang baik atau yang boleh kita jadikan pengajaran.

Untuk makluman kepada yang belum tahu, Hazim telah pun berangkat ke University of Tulsa, Oklahoma, US pada jam 10 pagi, 15.08.09. Pada 1.20 pagi 17.08.09 Hazim telefon beritahu dah sampai. Semuanya baik dan Hazim kirim salam pada semua. InsyaAllah pada jam 11.40 malam, 27.08.09, Afyqah pula akan berangkat ke University of Alberta, Edmonton, Canada. Raya ni tinggallah kami berempat je kat rumah. Sunyi betul rasanya.

Akhir sekali, salam Ramadhan untuk semua dan terus hidupkan kenangan keluarga kita. Wassalam.

Wednesday, July 22, 2009

Salam untuk semua,

Aka dan keluarga mengucapakan terima kasih kepada semua yang dapat hadir pada majlis tahlil dan khenduri arwah pada 18 Julai 2009.

Untuk makluman semua Syafiqah (anak Pak Long Khalid) telah dimasukkan ke PPUM pada hari semalam, 22 Julai 2009. Sama-samalah kita mendoakan agar Iqa cepat sembuh.

Kepada yang lain tu, rajin-rajinlah melawat blog ini dan coretlah apa saja yang baik. Tak banyak, sikit pun jadilah.

Monday, July 6, 2009

gambar lagi..

haizar dan amir (anak cina mana la nie ek?)


Nenek dan Keluarga Pakcik Latiff


Uncle Yeh dan Pak Usu Nes

Nenek dari belakang


(tak kenal)


Nenek bersama orang yang tidak dikenali

Nenek bersama Nek Endek

Haizar dengan seluar tarzannya


Pak Long dan Lin


Haizar ( Izwan di belakang)

Pak Long Khalid


Piknik kat mana ntah...


Nenek dan Pak Usu Nes

Keluarga Pakcik Latiff lagi...

Nenek dan Haizar

(Tak tau)


Sunday, July 5, 2009

Gotong Royong Sesi 2/09

Assalamualaikum Warga KNK,

Tahniah kerana sekali lagi dapat melapangkan masa, mencurah tenaga dan mengorbankan tidur(ini untuk Haizar, yang terus bersama selepas habis kerja malam). Syukur alhamdulillah kerana kali ini penyertaan lebih ramai. Kalau tak silap aka lebih kurang 25 orang. Pertambahan keluarga Auntie Yaya dengan anak-anak, Syafiqah dan anak-anak Uncle Faris.

Kita dah berjaya mengemaskan keseluruhan kawasan dan lepas ni untuk potong rumput tak lah teruk sangat. Uncle Faris pun nak belikan Tok Usu mesin potong rumput macam dia punya, jadi lebih mudahlah Tok Usu nanti.

Seperti yang aka nyatakan, kami yang veteran sikit ni sedang menguruskan untuk membina rumah baru untuk Tok Usu. Kita sedang menguruskan dana yang diperlukan sama ada memohon daripada kerajaan atau kita kumpul dalam kalangan warga KNK.

Aka perlukan bantuan daripada korang yang muda-muda ni nak gerakkan KNK dengan lebih sistematik. Justeru, aka harap Izwan, Lin, Haizar dan Amir dapat memainkan peranan yang lebih. Hazim dan Afyqah akan buat apa yang boleh sebelum mereka 'terbang' (Insyaaallah). Kita akan mengadakan mesyuarat pada 18 Julai 2009 (Sabtu) selepas kenduri arwah di rumah aka(Maaf, hari tu aka maklum kenduri pada 19.7.09. Sudah tukarrrrlah. Ada isu teknikal sikit. Jadi jangan lupa masukkan dalam dairi atau blackberry masing-masing).

ps Ajim, tolong muat naik gambar untuk tatapan semua.

Wednesday, June 24, 2009

Majlis Tahlil Arwah Rumah Pakcik Latiff

Salam,

Disini Amir nk ambil kesempatan untuk menulis berkenaan Majlis Tahlil Arwah Nenek Rumah Pakcik Latiff yang berlangsung pada Ahad (14 June 09). Genap 7 hari selepas pemergian nenek ke Rahmatullah, giliran ayah pula melangsungkan majlis tahlil. Kami adik beradik sepakat untuk pulang dua hari awal ke rumah supaya dapat menolong ayah dan mak membuat persiapan majlis. Kami sememangnya sedia maklum ttg style ayah yg akan 'all out' dalam membuat sesuatu perkara.. apatah lagi ini merupakan majlis tahlil untuk arwah ibunya yang amat dikasihi beliau. Dengan itu, kami telah bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal untuk membantu seberapa yang boleh selaku Askar-Askar DiRaja Abdul Latiff. :D

Aktiviti hari pertama kami cuma membeli naskhah2 Surah Yassin dan juga beberapa barangan dapur untuk persediaan majlis yang dibeli di Shah Alam. Pada keesokan harinya, bermulalah kerja2 berat seperti mengangkat perabot, membersih kawasan rumah, memasang khemah, membentang karpet dan sbg. Oleh kerana profesion ayah selaku seorang peniaga, maka banyak barang2 perniagaan dapat dimanfaatkan dalam persiapan majlis seperti khemah, tempat masak, meja lipat, balang2 air, kerusi, tong ais dan lain2 lagi. Kami hanya perlu mengeluarkannya dari lori dan mangaturkan mengikut arahan ayah. Mak pula sibuk memasak didapur sambil dibantu adik-beradik mak yg lain. Antara perkara yg kami ingat sekali adalah mengeluarkan meja makan marmar yang super berat, memasang khemah buat pertama kali dan menggantung lampu dbumbung yang rupa-rupanya tersenget. T_T

Apabila menjelang waktu maghrib dan majlis tahlil semakin hampir, ayah memberikan tugas2 kepada kami sebelum bertolak ke surau, iaitu:

1. Izwan - Jeneral Layan Tetamu
2. Haizar - Marshal Jaga Lauk
3. Amir - Kolonel Air Jambu

Dan kami pun berkhidmat sepenuh hati dalam proses persiapan sehinggalah majlis bermula. Sungguhpun Majlis Tahlil nenek bermula agak lewat, kerana menunggu orang surau habis ceramah, namun bacaan tahlil berjalan lancar dan seramai lebih 100 org tetamu memenuhi ruang tamu rumah. Alhamdulillah. Sewaktu jamuan makan berlangsung, saya selaku Kolonel Air Jambu tidak menang tangan menyediakan air2 jambu untuk tetamu. Begitu juga abg saya izwan yang turut menolong memotong buah jambu dan Haizar yang sibuk menjaga lauk-pauk. Sungguhpun begitu, kami sekeluarga berasa amat gembira dan puas menjalankan Majlis Tahlil Arwah tersebut. Kepada kaum keluarga yang turut membantu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan dan semoga dengan keikhlasan yang diberikan, nenek pun turut merasa nikmat dan rahmatNya. Amin.

p/s : Angah nanti tolon tarukkn gamba yerr... :P

Monday, June 22, 2009

Gambar..

nenek kam dan atuk din

nenek kam

test 2 gmbr dulu. yg lain2 akan diupload.

Kenduri Hari ke 40

Salam. InsyaAllah pada 19 Julai 2009, Ahad, Aka sekeluarga akan mengadakan kenduri hari ke 40 di rumah Aka. Kita akan mulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yassin dan tahlil. Selanjutnya kita akan menikmati juadah yang disediakan. Ini ialah pemakluman awal bagi membolehkan ahli keluarga Nek Kam sekalian mengatur jadual masing-masing.

Sunday, June 21, 2009

Salam Pembukaan

Assalamualaikum Warga Keluarga Hjh Kamsiah Hj Amin,

Tahniah kepada semua yang telah melapangkan masa untuk menggerakkan beberapa aktiviti yang telah kita bincangkan secara sepontan sebelum ini. Seronok tengok keterlibatan kita semua semasa mengadakan gotong royong pada 20 Jun 2009 di rumah Tok/Pak Usu (yang mengambil gambar tolong muat naikkan gambar. Elok sebelum dan selepas, tengok kalau ada orang yang dah kurus sket selepas puas bekerja. He....he....). Seperti yang yang aka nyatakan dalam sms, itu baru sesi 1/09. InsyaAllah kita akan adakan sekurang-kurangnya sekali lagi menjelang bulan Ramadhan yang akan datang. Aka cadangkan 15 Ogos 2009. Amacam Cip(Pak Long) dan Timbalan Cip(Pakcik Atip)? Ok?
Bagaimanapun elok juga kalau boleh kita uruskan secara lebih sistematik dan teratur. Di sini aka ingin mencadangkan beberapa aktiviti:

  1. Penubuhan rasmi KNK(Kelab Nek Kam). Ini nama sementara. Sila beri cadangan lain kalu ada nama yang lebih cun lagi.
  2. Pelantikan jawatankuasa KNK.
  3. Hari Keluarga KNK. Boleh buat kat rumah Tok Usu atau bila keadaan mengizinkan kita sewalah banglo Telekom ke. Amacam Emma? Emma mesti ok punya. Kos kita tong-tonglah (dah lama tak guna istilah ni. ha.....ha.).
  4. Kita jadualkan pertemuan warga KNK untuk bacaan Yassin dan Tahlil.
  5. Muat naik semua koleksi gambar Nek Kam.

Selain itu untuk makluman awal, Cip, TCip, Aka dan Uncle Faris sedang mengusahakan beberapa projek yang melibatkan Tok Usu:

  1. Membaiki rumah. Urusan untuk mendapat bantuan membaiki rumah warga emas daripada Kementerian Kewangan.
  2. Persaraan. Urusan dengan Angkatan Tentera. Auntie Yaya juga akan cuba bantu.
  3. Bantuan kewangan. InsyaAllah mulai akhir Jun 09, Tok Usu akan lebih selesa sedikit daripada segi kewangan.
  4. Mengukur semula tanah pusaka peninggalan Atok dan Nenek/Moyang kita. Ini HAK kita dan kita perlu pertahankannnya.

Oklah cukup sampai di sini dulu. Tolong ingatkan yang lain supaya tulislah sesuatu dalam blog ini. Tolong juga senaraikan no hp dan alamat emel semua warga Keluarga Nek Kam. Jangan lupa Hafiz.

Salam daripada AKA

Saturday, June 20, 2009

Sakitnya badan...

Semalam baru je lepas habis gotong royong membersihkan kawasan sekitar rumah Tok Su. Saya sampai lambat sedikit semalam (dalam kol 11am) sebab ikut rancangan asal, sebelah pagi tersebut saya kena pergi kl. Ada urusan di sana, tapi bila pk2 balik, bukan senang keluarga nek kam ni nak berkumpul dan beraktiviti sekali, saya ambil keputusan untuk turut serta. Ada cabaran jugak la nak rearrange schedulu tapi alhamdulillah, dapat diselesaikan.

Bila dah sampai tu, terus la bertanya2 apa yang nak kena buat sebab semua orang dah mula bekerja.Kita ni datang lambat buat muka sengih2 je la. Semua orang terus kerumun ema. Biasalah star of the day!Sorry la aishah ek. tade niat nak take over your throne :)

Mula kerja dengan menyapu rumput2 yang telah dipotong. Hari masih redup sebab baru lepas hujan. Badan pun masih kuat lagi so tak terasa penat. Ada la dalam 45 minit bekerja, semua orang berhenti untuk sarapan. Sarapan pun best, ayah siap bawak peralatan berniaga. Memang lengkap la. Kalau nak terus berniaga pun bole. Ada meehun goreng, ada ayam goreng, ada air kelapa. perghh memang superb. Keje baru tak seberapa, makan yang lebih ehhe. Tapi saya tak makan banyak sebab dah sarapan dulu sebelum datang.

The penat part come after the breakfast session. Hari dah mula panas. Tengah hari la kan tau je la panasnye macam mana. Yang kita ni pun tak biasa buat keje kasar. Asyik dok aircond je hari2.Paling terasa penat bila start menggunakan mesin rumput ayah yang sandang belakang tu. Penat oo tangan. Bukan ringan benda tu. Pastu nak kena hayun kiri kanan dalam keadaan yang terkawal, memang lenguh tangan dibuatnya. Rumput yang dipotong pon macam senget benget. Memang tade bakat langsung. Walau pun penat, muka tetap control macho ooo.mana boleh tunjuk penat nanti konpem kena tembak. Dah la perut pun dah mula kedepan, memang jadi bahan usikan pak usu dan mak usu la (laser oo, boleh join melodi). Next time kena pakai baju loose2 skit, mau kasi cover.

Aktiviti gotong royong ni habis dalam kol 4pm macam tu. Diakhiri dengan sessi mengambil gambar beramai2 untuk kenang kenangan. Sayangnya tok su tanak masuk sekali bergambar due to mysterious reason. Lepas kemas2 dan bersalam, semua orang pun beransur dengan muka kepenatan tapi puas. Dengar citer ada 2nd phase? harap jangan buat dalam masa terdekat la, sakit belikat ni pun tak hilang lagi.

Note : gambar2 akan diupload kemudian, tak sempat nak save masuk pc lg.