Tahniah kepada semua yang telah melapangkan masa untuk menggerakkan beberapa aktiviti yang telah kita bincangkan secara sepontan sebelum ini. Seronok tengok keterlibatan kita semua semasa mengadakan gotong royong pada 20 Jun 2009 di rumah Tok/Pak Usu (yang mengambil gambar tolong muat naikkan gambar. Elok sebelum dan selepas, tengok kalau ada orang yang dah kurus sket selepas puas bekerja. He....he....). Seperti yang yang aka nyatakan dalam sms, itu baru sesi 1/09. InsyaAllah kita akan adakan sekurang-kurangnya sekali lagi menjelang bulan Ramadhan yang akan datang. Aka cadangkan 15 Ogos 2009. Amacam Cip(Pak Long) dan Timbalan Cip(Pakcik Atip)? Ok?
Bagaimanapun elok juga kalau boleh kita uruskan secara lebih sistematik dan teratur. Di sini aka ingin mencadangkan beberapa aktiviti:
- Penubuhan rasmi KNK(Kelab Nek Kam). Ini nama sementara. Sila beri cadangan lain kalu ada nama yang lebih cun lagi.
- Pelantikan jawatankuasa KNK.
- Hari Keluarga KNK. Boleh buat kat rumah Tok Usu atau bila keadaan mengizinkan kita sewalah banglo Telekom ke. Amacam Emma? Emma mesti ok punya. Kos kita tong-tonglah (dah lama tak guna istilah ni. ha.....ha.).
- Kita jadualkan pertemuan warga KNK untuk bacaan Yassin dan Tahlil.
- Muat naik semua koleksi gambar Nek Kam.
Selain itu untuk makluman awal, Cip, TCip, Aka dan Uncle Faris sedang mengusahakan beberapa projek yang melibatkan Tok Usu:
- Membaiki rumah. Urusan untuk mendapat bantuan membaiki rumah warga emas daripada Kementerian Kewangan.
- Persaraan. Urusan dengan Angkatan Tentera. Auntie Yaya juga akan cuba bantu.
- Bantuan kewangan. InsyaAllah mulai akhir Jun 09, Tok Usu akan lebih selesa sedikit daripada segi kewangan.
- Mengukur semula tanah pusaka peninggalan Atok dan Nenek/Moyang kita. Ini HAK kita dan kita perlu pertahankannnya.
Oklah cukup sampai di sini dulu. Tolong ingatkan yang lain supaya tulislah sesuatu dalam blog ini. Tolong juga senaraikan no hp dan alamat emel semua warga Keluarga Nek Kam. Jangan lupa Hafiz.
Salam daripada AKA
rasanya masa potong rumput dah turun 2kg. tapi lepas bedal ayam goreng dengan keropok lekor, dah naik 3kg balik. huhu
ReplyDeletekalau nk book banglo telekom tu tade masalah. Just kena pilih tarikh yang sesuai. Kalau nak book time cuti sekolah, kena make sure kita konfem dengan banglo tm tu 1 year early. kalau nak book 3 bulan akan datang, sorry to say la. memang dah penuh punya..
ReplyDeleteTak pe kita pasang niat dulu nanti kita atur baik punye..........
ReplyDelete