Sunday, June 14, 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum..

Selamat Datang !

Saya selaku moderator blog ini ingin mengucapkan selamat datang kepada semua ahli keluarga Hajah Kamsiah Hj Amin. Seperti yang kita maklum, blog ini telah diilhamkan oleh Pak Usu (Kamaruzaman) sebagai satu cara untuk kita memperingati arwah nenek. Selain itu dengan adanya blog ini, kita dapat membuat satu ruangan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita.

Sebagai permulaan, saya akan registerkan email2 semua ahli keluarga untuk membolehkan kita semua menjadi penyumbang blog ini. Banyak perkara boleh ditulis. Kenangan2 manis bersama arwah, idea2 aktiviti keluarga, upload gambar2 keluarga dan apa2 sahaja yang dirasakan sesuai untuk dikongsi bersama.

Sebenarnya saya sendiri tidak berapa pandai untuk mengarang. Cukuplah setakat ini sebagai pendahuluan. Diharap blog ini akan terus meriah dengan post2 kita semua.

Selamat memblog!

Dan sebelum terlupa, mari kita sama2 mensedekahkan alfatihah untuk arwah Hajah Kamsiah yang merupakan ibu dan nenek yang amat kita kasihi...

Alfatihah....

No comments:

Post a Comment