Wednesday, June 24, 2009

Majlis Tahlil Arwah Rumah Pakcik Latiff

Salam,

Disini Amir nk ambil kesempatan untuk menulis berkenaan Majlis Tahlil Arwah Nenek Rumah Pakcik Latiff yang berlangsung pada Ahad (14 June 09). Genap 7 hari selepas pemergian nenek ke Rahmatullah, giliran ayah pula melangsungkan majlis tahlil. Kami adik beradik sepakat untuk pulang dua hari awal ke rumah supaya dapat menolong ayah dan mak membuat persiapan majlis. Kami sememangnya sedia maklum ttg style ayah yg akan 'all out' dalam membuat sesuatu perkara.. apatah lagi ini merupakan majlis tahlil untuk arwah ibunya yang amat dikasihi beliau. Dengan itu, kami telah bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal untuk membantu seberapa yang boleh selaku Askar-Askar DiRaja Abdul Latiff. :D

Aktiviti hari pertama kami cuma membeli naskhah2 Surah Yassin dan juga beberapa barangan dapur untuk persediaan majlis yang dibeli di Shah Alam. Pada keesokan harinya, bermulalah kerja2 berat seperti mengangkat perabot, membersih kawasan rumah, memasang khemah, membentang karpet dan sbg. Oleh kerana profesion ayah selaku seorang peniaga, maka banyak barang2 perniagaan dapat dimanfaatkan dalam persiapan majlis seperti khemah, tempat masak, meja lipat, balang2 air, kerusi, tong ais dan lain2 lagi. Kami hanya perlu mengeluarkannya dari lori dan mangaturkan mengikut arahan ayah. Mak pula sibuk memasak didapur sambil dibantu adik-beradik mak yg lain. Antara perkara yg kami ingat sekali adalah mengeluarkan meja makan marmar yang super berat, memasang khemah buat pertama kali dan menggantung lampu dbumbung yang rupa-rupanya tersenget. T_T

Apabila menjelang waktu maghrib dan majlis tahlil semakin hampir, ayah memberikan tugas2 kepada kami sebelum bertolak ke surau, iaitu:

1. Izwan - Jeneral Layan Tetamu
2. Haizar - Marshal Jaga Lauk
3. Amir - Kolonel Air Jambu

Dan kami pun berkhidmat sepenuh hati dalam proses persiapan sehinggalah majlis bermula. Sungguhpun Majlis Tahlil nenek bermula agak lewat, kerana menunggu orang surau habis ceramah, namun bacaan tahlil berjalan lancar dan seramai lebih 100 org tetamu memenuhi ruang tamu rumah. Alhamdulillah. Sewaktu jamuan makan berlangsung, saya selaku Kolonel Air Jambu tidak menang tangan menyediakan air2 jambu untuk tetamu. Begitu juga abg saya izwan yang turut menolong memotong buah jambu dan Haizar yang sibuk menjaga lauk-pauk. Sungguhpun begitu, kami sekeluarga berasa amat gembira dan puas menjalankan Majlis Tahlil Arwah tersebut. Kepada kaum keluarga yang turut membantu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan dan semoga dengan keikhlasan yang diberikan, nenek pun turut merasa nikmat dan rahmatNya. Amin.

p/s : Angah nanti tolon tarukkn gamba yerr... :P

2 comments:

  1. Hari tu memang amir boleh naik pangkat la. Jadi jeneral jual air jambu. Kalau tiap2 hari sambutan macam tu, Biwan pon konpem benti keje pastu jual jambu gak. hehe

    ReplyDelete
  2. Mmg kencang aa air jambu aritu.. pastu ade plak yg order "bang, ais tamau ye.. :)" adeiss ~_~. Tp mmg cepat gler aa air jambu abes.. tapi bile ganti ngan air sirap je, trus slow org amik~ haha.

    ReplyDelete